Sedutan Filem Pendekar Bujang Lapok

Sedutan filem ini menarik minat saya dalam muhasabah diri kita sebagai seorang guru.

Wednesday, October 31, 2012

Tema Kekeluargaan



1.     Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan setiap individu.
Berikan pendapat anda tentang keluarga yang diimpikan.
·         Mempunyai bilangan ahli keluarga yang banyak
·         Ahli keluarga yang sihat
·         Ahli keluarga yang berpendidikan agama
·         Ahli keluarga yang cemerlang dalam akademik
·         Ahli keluarga yang sayang- menyayangi/saling memahami/saling menghormati
·         Ahli keluarga yang sentiasa melakukan aktiviti bersama
·         Ahli keluarga yang tidak terlibat dengan gejala sosial
·         Ahli keluarga yang kaya

2.     Banyak pendapat mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan kerunuahan institusi keluarga.
Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini.
·         Merapatkan hubungan kekeluargaan – melakukan aktiviti bersma-sama – melancong
·         Memulihkan hubungan kekeluargaan akibat perbalahan – elak penceraian
·         Berkongsi maklumat dan pandangan  tentang sesuatu isu – saling menghormati – saling menghargai pandangan orang lain
·         Merancang aktiviti yang berfaedah bersama-sama – elak anak terjebak dalam aktiviti negatif – kurang kes salah laku
·         Menjadi suri teladan – contoh kepada anak-anak – nilai murni – budi bahasa


3.     Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dapat  membina keluarga bahagia
Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.
·         Ibu  bapa sebagai suri teladan
·         Ibu bapa menyediakan kediaman yang selamat
·         Persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria
·         Ibu bapa menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang
·         Cakna/prihatin terhadap tahap kesihatan ahli keluarga
·         Anak-anak yang bersahsiah terpuji
·         peranan keluarga terdekat seperti adik-beradik, nenek, datuk dan saudara-mara

4.     Kempen galakan membaca dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga  untuk  memupuk amalan tersebut.
·         Keluarga menjadi contoh
·         Keluarga membaca bersama-sama
·         Keluarga menceritakan bahan yang dibaca
·         Keluarga mengunjungi pameran buku
·         Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lain
·         Ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai

5.     Sikap sesetengah ibu bapa yang memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini.  Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.

·         Anak-anak tidak mampu hidup berdikari – keperluan diri diurus oleh ibu bapa – tidak mahu hidup susah – tidak sanggup menghadapi cabaran – malas berusaha -  mudah menyerah kalah apabila ditimpa musibah
·         Anak-anak sukar mengendalikan emosi mereka – gagal hadapi tekanan – bertindak mengikut perasaan – boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain – tidak boleh menerima hakikat apabila ditimpa kegagalan
·         Anak-anak tidak mempunyai jati diri yang kukuh – tidak ada pendirian – gagal menepis pujukan dan rayuan rakan sebaya atau kekasih – berlaku pergaulan bebas dan penzinaan – anak luar nikah – pembuangan bayi
·         Anak-anak berani untuk terlibat dalam masalah sosial – ibu bapa terlalu mengikut kata anak – tidak menerima hakikat bahawa anak mereka nakal – menyalahkan orang lain atas masalh yang dlakukan oleh anak sendiri - terlalu yakin dengan alasan anak-anak – disogokkan dengan wang ringgit dann kemewahan material – anak lupa diri – terlibat dalam salah laku

6.     Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
·         Mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa
·         Sentiasa bermanis muka dengan ibu bapa
·         Meninggalkan / tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai ibu bapa
·         Menziarahi ibu bapa di kampung
·         Memberikan bantuan yang diperlukan oleh ibu bapa
·         Membawa ibu bapa melancong
7.     Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumahtangga terutama kepada anak-anak lelaki.  Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan negara,  iaitu memperkasakan pelajar lelaki.
Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak-anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.
·         Mengasuh anak-anak tentang ilmu keagamaan
·         Mendidik anak-anak bijak membuat keputusan
·         Mendidik anak-anak agar bertanggungjawab menjaga keluarga
·         Mengasuh anak-anak agar menghargai masa
·         Mengasuh anak-anak agar menghormati orang lain
·         Bersikap rasional dalam sesuatu tindakan

8.     Kejayaan anak-anak berkait rapat demhan keprihatinan ibu bapa.  Ulaskan pernyataan tersebut.
·         Memberikan kasih sayang secukupnya
·         Menyediakan keperluan asas
·         Memberikan pendidikan dunia dan akhirat
·         Mengawal p[ergaulan anak-anak
·         Meluangkan masa bersama-sama mereka
·         Mendidik mereka agar pandai mengurus masa
·         Membentuk akhlak mereka

9.     Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak.  Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan berdasarkan pernyataan tersebut.
Tulis rencana itu selengkapnya.
·         Memperuntukkan masa untuk bersama-sama keluarga
·         Prihatin dalam mendengar dan membantu anak-anak menyelesaikan masalah
·         Mengambil berat tentang pendidikan anak-anak
·         Mengatasi masalah stres dalam kalangan anak-anak
·         Melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga

10.  Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.  Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastiikan harapan mereka itu tercapai.

·         Berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
·         Mendapat didikan agama yang sempurna
·         Bergaul dengan orang-orang yang berilmu
·         Tidak terlibat dalam gejala sosial
·         Menghormati orang yang lebih tua terutama ibu bapa dan guru
·         Sentiasa menerima teguran dan nasihat

Tema Alam Sekitar



1.     Remaja memberikan sumbgan pentng untuk mengharumk nama sekolah.  Sebagai remaja jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.
•         Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
•         Mencipta kemenagan dalam pelbagai pertandingan yang disertai
•         Sentiasa berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada masalah sosial
•         Menjadi pelajar contoh bagi semua pelajar
•         Menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah

2.     Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak mementingkan keindahan alam sekitar.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.
•         ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
•         ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
•         ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
•         ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
•         Ibu bapa mengajak anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong

3.     Kebersihan sangat penting dalam kehidupan.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.
•         ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
•         ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
•         ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
•         ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
•         Ibu bapa menyediakan tong sampah di rumah
•         Ibu bapa mengajak anak-anak menceriakan persekitaran rumah dengan tumbuhan hijau

4.     Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diberi perhatian yang serius.
Sebagai pelajar yang prihatin,  kemukakan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih
•         Menyertai gotong royong di sekolah
•         Menyediakan dan mematuhi jadual bertugas di dalam kelas
•         Mengajak rakan-rakan menyertai kempen kebersihan
•         Mencadangkan kepada pihak sekolah memperbanyak aktiviti kebersihan
•         Mengajurkan pertandingan kebersihan kelas
•         Membuang sampah di dalam tong sampah
•         Menjaga kawasan taman angkat  - persatuan
•         Menasihati rakan-rakan yang cenderung mengotorkan persekitaran sekolah
•         Mengelakkan terlibat dalam salah laku yang mencemarkan alam sekitar di sekolah

5.     Langkah mengelakkan kejadian tanah runtuh

•         Pembangunan di lereng bukit yang terkawal
Pembinaan taman perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
•         Sistem perparitan yang terancang
Pembinaan parit / longkang yang sesuai dan sempurna
•         Penguatkuasaan undang-undang
•         Mengenakan hukuman yang maksimum kepada pemaju perumahan yang tidak mengikut garis panduan  /  pembalakan haram.
•         Pemantauan oleh pihak berwajib – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
•         Pembukaan kawasan pertanian secara terancang
•         Pembinaan benteng konkrit
•         Kempen ‘Cintai Alam Sekitar’

Tema Pelancongan


1.     Semasa cuti persekolahan yang lalu,  anda berpepaluang ,engikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke suatu tempat menarik.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada lawatan sambil belajar tersebut.

o    Dapat mengeratkan hubungan dengan rakan
o    Dapat menambahkan pengalaman
o    Dapat mengurangkan stres
o    Dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu
o    Dapat mengukuhkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas
  
2.     Faedah melawat tempat bersejarah

·         Meluaskan pengetahuan dan pengalaman tentng sejarah tempatan
·         Menghargai jasa ddan pengorbana seseorang tokoh pejuang tanah air.
·         Menimbulkan semanagat cita akan Negara.
·         Kesedaran tentang kezalimana penjajah menindas penduduk tempatan.

3.     Faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik

·         keadaan pantai yang bersih dan indah – pantai yang memutih dan bersih – udara yang nyaman – pelbagai aktiviti laut boleh dijalankan – banyak tempat menarik dan bersejarah – bangunan tinggalan sejarah di Melaka dan Langkawi - pencakar langit yang disegani – KLCC – Menara Petronas di Bandar Raya Kuala Lumpur.
·         pelbagai kemudahan awam disediakan – kemudahan pengangkutan – rangkaian jalan raya yang baik – para pelancong mudah bergerak dan selesa – LRT, komuter, monorel.
·         terkenal dengan kepelbagaian budaya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama – pelbagai perayaan disambut – menggamit para pelancong luar datang ke Malaysia kerana kekayaan budaya di negara ini.

4.     Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara.  Anda ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri  pelancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
·         kerajaan mengadakan promosi
·         kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
·         kerajaan – mempopularkan seni warisan
·         masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
·         masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
·         Masyarakat – menunjukkan sikap ramah dan berbudi bahasa
·         Swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.

5.     Industri pelancongan  membawa banyak faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara.  Jelaskan kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara.

·         Meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara
·         Membuka peluang pekerjaan / mengatasi masalah pengangguran
·         Membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan
·         Pengaliran masuk mata wang asing
·         Pemangkin pembangunan negara
·         Menggalakkan pembinaan infrastruktur
·         Memperkenalkan kebudayaan Malaysia ke luar negara

6.     Industri pelancongan  merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin
menulis rencana berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
·         kerajaan mengadakan promosi
·         kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
·         masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
·         masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
·         agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.

7.     Malaysia merupakan sebuah Negara yang berpotensi untuk maju dalam sektor pelancomgan.  Sehubungan itu,  anda ingin menulis sebuah rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan.  Tajuk rencana tersebut ialah “ usaha-usaha untuk memajukan sektor pelanconga  Negara”
Tulis rencana itu selengkapnya.
·         kerajaan mengadakan promosi
·         kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
·         kerajaan – mempopularkan seni warisan
·         masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
·         masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
·         Masyarakat – menunjukkan sikap ramah dan berbudi bahasa
·         Swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.

Bertemu Kembali....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat mereka yang masih sudi mengikuti perkembangan blog saya ini. Tidak dinafikan telah lama saya mengemas kini dan berkongsi idea menerusi blog ini. 1 NOVEMBER 2012 ini tergerak di hati saya untuk mencatit sesuatu untuk tatapan anak-anak didik saya yang bakal menempuh Peperiksaan SPM 2012. Terasa jauh di sudut hati anak-anak ini masih perlu dibantu dan dibimbing sehinggalah pada saat-saat akhir. Semoga bahan-bahan yang dilampirkan nanti, sedikit-sebanyak akan dapat  membantu anak-anak didik saya. Terima kasih jugak kepada rakan-rakan blog BM yang banyak memuatkan bahan yang amat berguna kepada calon-calon SPM. Selamat maju jaya dalam peperiksaan SPM 2012.

Wednesday, November 23, 2011

Tugasan Novel Sutera Dalam Lukisan

Perhatian kepada pelajar 5SN 2012

Diminta menghasilkan folio novel berkenaan;

1. Sinopsis setiap bab.
2. Tema
3. Persoalan
4. Watak & Perwatakan Utama
5. 2 Watak sampingan & perwatakan
6. Latar tempat & masyakarakat.
7. Nilai
8. Pengajaran

Folio dihantar pada minggu ke-2 bulan Januari 2012.

SELAMAT BERCUTI !!!

Saturday, April 2, 2011

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI

Perhatian kepada Pelajar 4Sains, 5SSI dan 5K1.

Anda diminta memilih salah satu tajuk esei Pertandingan Mengarang Esei sempena Minggu Bahasa Melayu 2011. Karangan tersebut hendaklah dicatatkan dalam buku latihan karangan. Hantar pada 8 April 2011. Harap maklum.

Thursday, March 3, 2011

Kelas 4SN

Nota Prosa Tradisional telah cikgu pautkan. Sila cetak nota tersebut.

Kelas 5 SSI & 5K1

Nota KOMSAS untuk 4 buah cerita prosa tradisional telah boleh dipaut pada pautan KOMSAS. Cetak nota tersebut.

Sunday, February 27, 2011

Tugasan Karangan Tingkatan 5 SSI

Pelajar 5SSI yang berkesempatan membuka blog saya, tolong siapkan tugasan yang saya catatankan di blog ini. Salin 3 buah karangan A ( bahan rangsangan ) dan 2 buah karangan B iaitu berformat rencana dan perbincangan. Tema karangan B ialah tema Amalan Membaca dan Penagihan Najis Dadah. Tugasan dibuat dalam buku Karangan Contoh dan hantar sebelum atau pada 10 Mac 2011. Kongsi tugasan ini dengan rakan anda. Selamat melaksanakan tugasan.

Tugasan Karangan Tingkatan 4 Sains

Semua pelajar 4 Sains diminta menyalin 2 contoh karangan bertemakan bahan grafik dan 2 contoh karangan perbincangan, tajuk bebas. Tugasan tersebut dibuat dalam buku Karangan Contoh. Hantar pada 7 Mac 2011.

Saturday, February 5, 2011

Kunjungan Ke Gerai Cendol Leman Dawi



Cuti Tahun Baru Cina diisi dengan singgah sebentar di gerai cendol terkenal yang di Senawang, Negeri Sembilan iaitu Gerai Cendol Leman Dawi. Pengunjung akan dapat menikmati cendol percuma sekiranya hendak tambah lagi. Gerai ini ramai pengunjung walaupun pada awal pagi sekitar jam 10.30 pagi. En.Leman Dawi cukup mesra pelanggan dan banyak mengetahui fakta sejarah. Cubalah kunjungi gerai ini.