Sedutan Filem Pendekar Bujang Lapok

Sedutan filem ini menarik minat saya dalam muhasabah diri kita sebagai seorang guru.

Wednesday, October 31, 2012

Bertemu Kembali....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat mereka yang masih sudi mengikuti perkembangan blog saya ini. Tidak dinafikan telah lama saya mengemas kini dan berkongsi idea menerusi blog ini. 1 NOVEMBER 2012 ini tergerak di hati saya untuk mencatit sesuatu untuk tatapan anak-anak didik saya yang bakal menempuh Peperiksaan SPM 2012. Terasa jauh di sudut hati anak-anak ini masih perlu dibantu dan dibimbing sehinggalah pada saat-saat akhir. Semoga bahan-bahan yang dilampirkan nanti, sedikit-sebanyak akan dapat  membantu anak-anak didik saya. Terima kasih jugak kepada rakan-rakan blog BM yang banyak memuatkan bahan yang amat berguna kepada calon-calon SPM. Selamat maju jaya dalam peperiksaan SPM 2012.

No comments:

Post a Comment