Sedutan Filem Pendekar Bujang Lapok

Sedutan filem ini menarik minat saya dalam muhasabah diri kita sebagai seorang guru.

Friday, March 6, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anak-anak didik saya. Sudah lama saya tidak berkongsi maklumat menerusi blog saya ini. Pelbagai alternatif gajet dan aplikasi yang ada memberikan ruang yang rencam kepada kita untuk berkomukasi.Saya berazam untuk menghidupkan kembali Blog Cikgu Zawiyah agar dapat dimanfaatkan oleh anak-anak didik kesayangan saya pada tahun 2015 kelas 4 & 5 Sains Sukan, dan 4 Sains. Harapan saya semoga blog ini akan menjadi wahana ilmu yang mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu. Saya mengambil kesemapatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya untuk Ujian Berkala 1 bermula pada hari Isnin ini 9 Mac 2015. 5SS jadikan impian yang kita ukir satu kenyataan.Insyaalah!

Saturday, February 23, 2013

Percutian Di Pulau Langkawi.

Saya dan keluarga pergi bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Walaupun telah banyak kali [ lebih 5 kali ], kami sekeluarga bercuti ke sana, tetapi belum pernah pergi ke Pulau Payar. Kali ini, saya berjanji dengan keluarga mesti pergi ke sana. Allahamduliallah! hasrat kami tercapai dengan pakej yang agak murah jugak diuruskan oleh saudara Sham, cuma RM90.00 per individu. Kami pergi pada hari Rabu, 13 Februari 2013, Bertolak menaiki feri yag disediakan.Hampir mabuk jugak kami sekeluarga sebab di dalam feri panas dan kurang selera. Teringatkan akan peristiwa kami menaiki feri ke Pulau Redang, pesta ' bubur ' ketara sebaik sahaja feri berlabuh. Namun setiba di Pulau Payar, terlupa akan pening dan mabuk apabila melihat ikan-ikan yang pelbagai spesis lagi jinak bermain-main dengan pengunjung, termasuk anak yu. Memang menarik dan cantik, di tepi pantai saja dah boleh bermain-main dengan ikan-ikan. Pengunjung pulak pada hari itu amat ramai lebih 1000 orang. Kami sekeluarga seolah-olah berada di pulau Hong Kong. Keluarga Melayu boleh dikira dengan jari, tidak sampai 3 keluarga. Balik amat menyeronokkan kerana dapat naik feri yang amat selesa, besar dan sejuk alat pendingin hawanya. Sehari suntuk di sana. Seronok!

Thursday, November 1, 2012

TEMA KARANGAN & ISI BM SPM


TEMA KARANGAN & ISI BM SPM 2012 -

Wednesday, October 31, 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2012

Semoga kejayaan akan dicapai oleh calon-calon SPM 2012 SMK Tun Mutahir. Anak-anak 5SN ingatlah cerita HELANG yang saya kongsikan bersama. Anak-anak HALUS, semoga terus berusaha untuk mencapai matlamat. Ingat! Kita akan menjadi berdasarkan apa-apa yang kita fikirkan.....

ANALISIS KOMSAS SPM 2012


ANALISIS KEKERAPAN JUDUL KOMSAS
 SOALAN 2(b) – Cerpen dan Drama 
JUDUL
Kekerapan dipilih
CATATAN
Cerpen Hutan Rimba (T5)
√√√√

Cerpen Pahlawan Buntung (T5)
√√√

Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong (T5)
√√√
Telah keluar Jun 2012
Cerpen Penanggungan (T5)
√√

Cerpen Idola (T5)
√√

Cerpen Ibu dan Ceper (T4)
√√

Cerpen Mellisa (T4)


SPM
 YANG TELAH KELUAR (TEKS BAHARU)
Nov. 2011
  Drama Cempaka Berdarah (T4)
Jun 2012
  Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong (T5)
 SOALAN 2(c) – Prosa Klasik

JUDUL
Kekerapan dipilih
CATATAN
Merah Silu (T4)
√√√√√

Hikayat Indera Nata (T4)
√√√√

Pelayaran yang penuh peristiwa (T4)
√√√√

Hikayat Langlang Buana (T5)
√√

Hikayat Khoja Maimun (T5)

Opu Daeng Menambun (T5)

  
SPM
 YANG TELAH KELUAR (TEKS BAHARU)
Nov. 2011
  Dua Geliga Hikmat (T5)
Jun 2012
  Hikayat Siak (T5)
SOALAN 2(d) – Puisi

JUDUL
Kekerapan dipilih
CATATAN
Sajak Adat Sezaman (T4)
√√√
Telah keluar Jun 2012
Sajak Bangkitlah (T5)
√√√

Sajak Di Bawah Langit yang Sama (T5)
√√√

Sajak Dirgahayu Bahasaku (T5)
√√

Sajak Kecek V (T5)
√√

Syair Makna Riak (T4)

Sajak Mengintai Ruang Insaf (T4)

Sajak Mahsuri (T4)

Sajak Harga Remaja (T4)



SPM
 YANG TELAH KELUAR (TEKS BAHARU)
Nov. 2011
  Pantun Enam Kerat (T5)
Jun 2012
  Sajak Adat Sezaman (T4)

SOALAN 4 (a) & (b) – Novel

ASPEK KAJIAN SASTERA
Kekerapan dipilih
CATATAN
Latar tempat
√√√√

Latar masyarakat
√√√

Nilai tanggunjawab – peristiwa
√√√

Nilai kasih sayang – peristiwa
√√√

Tema
√√√
 Jun 2012
Peristiwa menarik
√√

Pengajaran
√√
 Jun 2012
Watak utama – konflik
√√
 Nov. 2011
Teknik plot
√√

Peleraian cerita

Kesesuaian judul dengan kandungan

Nilai kemanusiaan – umum

Persoalan – ketabahan watak utama
 Nov. 2011
Nilai kerjasama – peristiwa

Nilai keberanian

Watak sampingan – perwatakan

Watak utama – cabaran

Nilai ketabahan



Catatan:
Terima kasih kepada semua penyumbang soalan.
Sumbangan anda pasti amat dihargai oleh semua calon SPM
dan guru-guru Bahasa Melayu seluruh negara.

Tema Kepenggunaan


1.     Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah “Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat”.
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.
·   Kempen secara berkala, besar-besaran
·   Pelaksanaan saham-saham amanah
·   Penerapan dalam mata pelajaran di sekolah
·   Kedai rakyat 1 Malaysia dan kewujudan koperasi di merata tempat
·   Bekerjasama dengan pelbagai agensi separa kerajaan dan swasta dalam menggalakkan aktiviti menabung seperti  kelab TAHA, Kelab NURI, Kelab Penabung Bijak dan kempen menyimpan wang saku lebihan
Mewujudkan pertandingan esei, melukis poster dan sebagainya.

2.     Kepentingan  amalan berjimat cermat
·         Membantu ketika susah
·         Simpanan masa depan
·         Melahirkan pengguna yang bijak
·         Menabung untuk masa depan

3.     Usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia
·         Meningkatkan kemahiran
·         Bantuan dan galakan
·         Memasarkan produk





4.     Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat pada hri ini semakin popular kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.
Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit.
·         Mudah digunakan semasa kecemasan
·         Maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan segera
·         Memudahkan perkongsian maklumat dengan rakan-rakan
·         Melebarkan  kenalan dan merapatkan  hubungan silaturahim
·         Mempunyai pelbagai fungsi yang menyenangkan pengguna

5.     Usaha-usaha menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia
·         Mengadakan kempen berterusan
·         Meningkatkan kualiti barangan
·         Memperluas perniagaan / ekspo
·         Mengadakan jualan murah
·          

6.     Kerajaan menggalakkan  rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan tempatan.  Huraikan kebaikan-kebaikan mengunankan barangan buatan tempatan
·         Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara
·         Harga murah / berpatutan
·         Barangan berkualiti / setanding atau lebih baik daripada barangan import
·         Meningkatkan pendapatan peniaga
·         Ekonomi negara meningkat
·         Mewujudkan peluang pekerjaan

7.     Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.
Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.
·         Memberikan bantuan modal – untuk mulakan perniagaan
·         Menganjurkan pelbagai kursus – perniagaan, pertanian, kraf tangan
·         Memperkenalkan teknik-teknik terkini dalam pertanian dan penternakan
·         Memberikan bantuan perumahan – kos rendah – perumahan 1 Malaysia

8.     Kebiasaan mengambil makanan segera menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sehubungan dengan itu,  anda ingin menulis  satu rencanayang akan disiarkan dalam akhabr tempatan yang bertajuk “Kesan-kesan buruk Pengambilan Makanan segera secara berlebihan”.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
·         Masalah obesiti
·         Masalah penyakit kronik
·         Ketagihan pada makanan segera
·         Tidak mengamalkan pengambilan makanan seimbang
·         Perbelanjaan keluarga meningkat
·         Makanan tradisional dipinggirkan