Sedutan Filem Pendekar Bujang Lapok
Sedutan filem ini menarik minat saya dalam muhasabah diri kita sebagai seorang guru.
Saturday, February 23, 2013
Percutian Di Pulau Langkawi.
Saya dan keluarga pergi bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Walaupun telah banyak kali [ lebih 5 kali ], kami sekeluarga bercuti ke sana, tetapi belum pernah pergi ke Pulau Payar. Kali ini, saya berjanji dengan keluarga mesti pergi ke sana. Allahamduliallah! hasrat kami tercapai dengan pakej yang agak murah jugak diuruskan oleh saudara Sham, cuma RM90.00 per individu. Kami pergi pada hari Rabu, 13 Februari 2013, Bertolak menaiki feri yag disediakan.Hampir mabuk jugak kami sekeluarga sebab di dalam feri panas dan kurang selera. Teringatkan akan peristiwa kami menaiki feri ke Pulau Redang, pesta ' bubur ' ketara sebaik sahaja feri berlabuh. Namun setiba di Pulau Payar, terlupa akan pening dan mabuk apabila melihat ikan-ikan yang pelbagai spesis lagi jinak bermain-main dengan pengunjung, termasuk anak yu. Memang menarik dan cantik, di tepi pantai saja dah boleh bermain-main dengan ikan-ikan. Pengunjung pulak pada hari itu amat ramai lebih 1000 orang. Kami sekeluarga seolah-olah berada di pulau Hong Kong. Keluarga Melayu boleh dikira dengan jari, tidak sampai 3 keluarga. Balik amat menyeronokkan kerana dapat naik feri yang amat selesa, besar dan sejuk alat pendingin hawanya. Sehari suntuk di sana. Seronok!
Subscribe to:
Posts (Atom)