Sedutan Filem Pendekar Bujang Lapok

Sedutan filem ini menarik minat saya dalam muhasabah diri kita sebagai seorang guru.

Wednesday, November 23, 2011

Tugasan Novel Sutera Dalam Lukisan

Perhatian kepada pelajar 5SN 2012

Diminta menghasilkan folio novel berkenaan;

1. Sinopsis setiap bab.
2. Tema
3. Persoalan
4. Watak & Perwatakan Utama
5. 2 Watak sampingan & perwatakan
6. Latar tempat & masyakarakat.
7. Nilai
8. Pengajaran

Folio dihantar pada minggu ke-2 bulan Januari 2012.

SELAMAT BERCUTI !!!

Saturday, April 2, 2011

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI

Perhatian kepada Pelajar 4Sains, 5SSI dan 5K1.

Anda diminta memilih salah satu tajuk esei Pertandingan Mengarang Esei sempena Minggu Bahasa Melayu 2011. Karangan tersebut hendaklah dicatatkan dalam buku latihan karangan. Hantar pada 8 April 2011. Harap maklum.

Thursday, March 3, 2011

Kelas 4SN

Nota Prosa Tradisional telah cikgu pautkan. Sila cetak nota tersebut.

Kelas 5 SSI & 5K1

Nota KOMSAS untuk 4 buah cerita prosa tradisional telah boleh dipaut pada pautan KOMSAS. Cetak nota tersebut.

Sunday, February 27, 2011

Tugasan Karangan Tingkatan 5 SSI

Pelajar 5SSI yang berkesempatan membuka blog saya, tolong siapkan tugasan yang saya catatankan di blog ini. Salin 3 buah karangan A ( bahan rangsangan ) dan 2 buah karangan B iaitu berformat rencana dan perbincangan. Tema karangan B ialah tema Amalan Membaca dan Penagihan Najis Dadah. Tugasan dibuat dalam buku Karangan Contoh dan hantar sebelum atau pada 10 Mac 2011. Kongsi tugasan ini dengan rakan anda. Selamat melaksanakan tugasan.

Tugasan Karangan Tingkatan 4 Sains

Semua pelajar 4 Sains diminta menyalin 2 contoh karangan bertemakan bahan grafik dan 2 contoh karangan perbincangan, tajuk bebas. Tugasan tersebut dibuat dalam buku Karangan Contoh. Hantar pada 7 Mac 2011.

Saturday, February 5, 2011

Kunjungan Ke Gerai Cendol Leman Dawi



Cuti Tahun Baru Cina diisi dengan singgah sebentar di gerai cendol terkenal yang di Senawang, Negeri Sembilan iaitu Gerai Cendol Leman Dawi. Pengunjung akan dapat menikmati cendol percuma sekiranya hendak tambah lagi. Gerai ini ramai pengunjung walaupun pada awal pagi sekitar jam 10.30 pagi. En.Leman Dawi cukup mesra pelanggan dan banyak mengetahui fakta sejarah. Cubalah kunjungi gerai ini.