Sedutan Filem Pendekar Bujang Lapok

Sedutan filem ini menarik minat saya dalam muhasabah diri kita sebagai seorang guru.

KOMSAS

NOTA NOVEL RENYAH TINGKATAN 4

Nota Rujukan Novel Renyah -






























































Novel Renyah
( Gunawan Mahmood )


Sinopsis Bab 1
Datuk Dolhi dan Datin Tominah rasa sedih kerana tidak ada anak mereka yang ingin menyambung tugasnya apabila dia tiada kelak. Anak pertama mereka Hasnol sebagai PTD sayangkan jawatan, kuasa dan pangkatnya. Hasnol ingin menjadi kaya tapi tidak mahu melepaskan jawatannya. Walaupun bapanya memintanya mengambil alih tugas bapanya di syarikat jika ingin kaya. Hasnol inginkan keselesaan hidup dengan bekerja di pejabat. Semasa Hasnol dilahirkan Datuk Dolhi seorang pegawai kerajaan dan beliau berdoa agar anaknya kelak akan menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan seterusnya KSU. Datin Tominah minta supaya Datuk Dolhi melatih anak ketiganya Ilham menggantikannya. Tetapi Datuk Dolhi kecewa dengan Ilham yang suka membuang masa tidak tentu hala. Ilham sering terpampang di akhbar sebagai seorang penyair dan penulis yang sedang meningkat naik. Rencananya tentang alam sekitar mendapat tempat walaupun sering bertentangan dengan bapanya yang menggunakan alam sekitar untuk mencari keuntungan. Datuk Dolhi juga pernah berkahwin dengan wanita peranakan Arab dan mendapat anak lelaki. Tetapi wanita itu meninggal dunia dan menjadi rahsia hidupnya termasuk Datin Tom. Datuk Dolhi mempunyai seorang rakan kongsi rapatnya Albert Lee. Malah Albert Lee pernah melamar Amera anak Datuk Dolhi untuk anaknya Robert Lee tapi gagal. Dalam bab ini juga menggambarkan anak Datuk Dolhi Mukhlis yang berjubah dan berjanggut dan sering ke surau. Tidak mahu menguruskan syarikat bapanya kerana syarikat bapanya penuh riba menurut Mukhlis. Datuk Dolhi juga membandingkan anak Melayu dengan anak Cina. Pendapat Datuk Dolhi mengatakan anakCina minat kepada perniagaan tapa anak Melayu tidak berminat. Manakala anaknya Dani minat dalam bidang hiburan. Dani juga ada belajar muzik

Sinopsis Bab 2

Datuk Dolhi menyampaikan ceramah dengan menjadikan Doktor Mahathir sebagai contoh. Kepuasan terbayang pada wajah Datuk Dolhi setelah menyampaikan ceramah.Datuk Dolhi menemani isterinya Datin Tominah menghadiri pertunjukkan fesyen Busana Islam.Datuk Dolhi sangat bosan dengan pertunjukkan tersebut. Setibanyan di rumah Datin Tominah memohon madal daripada Datuk Dolhi untuk membuka butik Busana Islam. Datuk memohon Datin mengkaji segala aspek sebelum beliau mengeluarkan modal untuk butik tersebut. Di rumah Dani sibuk dengan gitarnya mencari ilham. Manakala Ilham menulis tentang alam sekitar yang tercemar. Amera pula sibuk dengan buku anak muridnya. Mukhlis bersaorangan di bilik atas berzikir.


Sinopsis Bab 3
Ilham dan Dani berbual tentang seni.Ilham mencadangkan agar Dani mengambil puisinya untuk dijadikan senikata lagunya. Dani kurang bersetuju kerana puisi Ilham sangat berat untuk pendengar muzik. Amera pula sangat tidak bersetuju dengan bidang yang diceburi oleh kedua-dua adiknya. Mereka bertekak dan akhirnya Amera meninggalkan adik-adiknya.

Sinopsis Bab 4

Hasnol balik ke rumah untuk meminjam RM 10,000.00 daripada keluarganya untuk kelab Golfnya tetapi diberi oleh keluarganya. Datul Dolhi masih meminta Hasnol meletak jawatan dan menolongnya menguruskan syarikat. Tetapi Hasnol masih menyayangi jawatannya. Datuk Dolhi menegur anaknya Hasnol yang hidup seperti Jutawan tidak standing dengan gajinya. Linda isterinya hidup cara kebaratan bersama dengan dua orang anaknya. Elian anak Albert pernah ingin bersuamikan Hasnol tapi tidak kesampaian

Sinopsis Bab 5

Wahi meghantar kertas cadangan melalui Fax tentang Kawalan Mutu Menyeluruh.Datuk Dolhi mengharapkan kepulangan Wahi akan membawa perubahan kepada syarikat. Mukhlis datang ke pejabat untuk memohon wang bagi membiayai gerakan dakwahnya di India tapi tidak diberi oleh bapanya. Mukhlis kecewa dan balik. Banyak konflik pendapat antara Mukhlis dan bapanya berlaku semasa perbualan mereka.

Sinopsis Bab 6

Amera menyampaikan berita gembira kepada ayahnya. Amera terpilih sebagai pendidik terbaik seluruh negeri. Amera memohon supaya ayah dan ibunya hadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut. Sekali lagi Datuk Dolhi meminta Amera berhenti sebagai pendidik dan bekerja dengan syarikatnya tetapi ditolak oleh Amera yang mencintai bidang pendidikan. Mukhlis dan sahabatnya datang ke rumah Datuk Dolhi untuk memohon pembiayaan Mukhlis berdakwah ke India tetapi masih ditolak oleh Datuk Dolhi. Di sini juga berlaku pertentangan pendapat antara Mukhlis dan kawannya dengan bapanya. Datuk Dolhi dan Datin Tominah hadir pada anugerah pendidik negeri terbaik anaknya Amera yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas YB Wahab Yassin. Datin Tominah dan Datuk Dolhi sangat bangga dengan anugerah yang diterima oleh Amera.

Sinopsis Bab 7

Amera mendapat panggilan talefon daripada peminat misteri mengucapkan tahniah di atas kejayaannya dan juga mendapat jambangan bunga. Amera resah mencari peminat misteri tersebut. Dani berpendapat kemungkinan teman lelaki kakaknya. Tetapi dinafikan Amera kerana dia masih tiada teman lelaki. Pembantu rumah Inem meminta untuk berhenti kerja. Dia
tidak menyatakan sebabnya. Walaupun dipujuk oleh Datin Tominah tapi Inem bertegas untuk berhenti. Seminggu kemudian Inem menghantar surat menyatakan sebab dia berhenti kerja kerana biliknya diceroboh oleh Ilham sebanyak tiga kali. Demi menjaga kehormatan Datuk Inem mengambil keputusan berhenti kerja. Hasnol menelefon Datin untuk meminjam wang tetapi tidak diberi oleh datin takut dimarahi datuk.







Sinopsis Bab 8

Mukhlis bernikah dengan Hanisah janda tok guru beranak dua.Ini mengejutkan Datuk Dolhi sekeluarga. Manakala Ilham pula berdemontrasi bersama orang asli Serawak menentang pembalakkan syarikat bapanya yang dikendalikan oleh Albert Lee..

Sinopsis Bab 9

Datuk Dolhi meminta Rozie menempat tiket dan penginapannya di Jepun untuk menenangkan fikirannya yang runsing memikirkan hal anak-anaknya. Datuk juga memohon Rozie menghubungi Wahi di Jepan supaya dapat menunggunya di lapangan terbang. Datin terkejut bila diberitahu keinginan datuk untuk berehat di Jepun. Mukhlis menyesali nasibnya yang terpaksa menanggung isteri dan dua anak tirinya dengan kerja di kilang Mi dengan gajinya RM5 sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan meminta maaf daripada ibunya akan kesilapannya. Datin meminta Mukhlis menjaga anak dan isterinya baik-baik. Hasnol meminta Linda untuk meminjam wang daripada bapanya, tetapi Linda enggan kerana sudah dua kali pinjaman mereka belum berbayar. Hasnol terkenangkan kawannya Zahid yang hidup mewah biarpun mereka setaraf.

Sinopsis Bab 10

Amera membuat temujanji dengan peminat misterinya secara sulit. Amera terkejut kerana peminat misterinya adalah Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas YB Wahab yang menyampaikan anugerah kepadanya tempoh hari. YB Wahab Yassin merupakan seorang dudu beranak dua. Isterinya telah meninggal dunia. Datin sangat suka hati bila diberitahu lelaki tersebut adalah Timbalan Menteri. Dani bersama kumpulannya memulakan rakaman muzik. Berita ini tersiar di dalam akhbar di ruangan gisip. Begitu juga pertemuan Amera dengan YB Wahab juga tersiar dalam ruangan gosip

Sinopsis Bab 11

Datuk Dolhi tiba diJepun dan disambut oleh Wahi. Datuk meluahkan rahsia yang disimpan selama ini bahawa Wahi sebenarnya adalah anaknya bersama dengan isteri keduanya. Tetapi Wahi tidak terkejut erana telah diberitahu oleh neneknya. Datuk meminta Wahi memanggilnya bapa.

Sinopsis Bab 12

Datin Malini dan Datin Salmah datang dirumah Datin Tominah. Mereka menasihatkan Datin Tominah supaya berhati-hatin dengan tindakan suaminya. Datin Tominah meluahkan perasan resahnya terhadap tindak-tanduk anaknya. Mereka bertanyakan tentang cadangan mereka untuk membina butik Busana Islam tapi masih belum mendapat kelulusan suaminya. Datin Malini ditugaskan untuk membuat kertas kerja projek.






Sinopsis Bab 13

Hasnol menemui Tengku Munir di Teratai Inn Tengku Munir meminta Hasnol menggunakan pengaruhnya bagi meluluskan tendernya bernilai RM 80 juta dan Hasnol akan diberikan wang di akaun di Singapura RM 300 ribu jika permohonannya Berjaya. Pihak berkuasa Serawak sedang mencari aktivitis yang menghasut rakyat tempatan menentang projek balak. Ilkam bersama dengan orang asli membuat benteng manusia. Manakala Hasnol datang menemui Datin Timinah bagi menyerahkan RM 10,000 yang dipinjam tempoh hari. Datin Tuminah terkejut dengan kemewahan Hasnol.

Sinopsis Bab 14
Albert Lee isterinya Eric dan anaknya Robert Lee dan Elain sering berkumpul dan bertukar pandangan tentang perniagaan mereka. Mempunyai cita-cita yang sama ingin menubuhkan syarikat perniagan sendiri. Albert Lee kecewa kerana hasratnya untuk melihat Elain berkahwin dengan Hasnol tidak tercapai . Sekarang ini beliau berharap Robert pula cuba untuk memikat Amera seterusnya memperisterikannya. Setakat ini Amera masih bersikap dingin terhadap Robert. Cita-cita mereka untuk memimpin Dolhi-Albert Holdinig. Robert menghubungi Amera untuk mengajaknya keluar makan bersama tetapi ditolak oleh Amera.

Sinopsis Bab 15
Datuk Dolhi merasa lapang setelah menerangkan situasi sebenar hubungan mereka kepada Wahi. Datuk berharap satu hari nanti Wahi dapat mengambil alih tugasnya dalam syarikat kerana datuk telah tua. Wahi juga menerangkan bahawa dia akan menikahi gadis Jepun yang telah memeluk Islam iaitu Yuka. Datuk Dolhi teringat kembali peristiwa 28 tahun yang lalu ketika bersama dengan Mastura ibu Wahi.

Sinopsis Bab 16
Pihak berkuasa gagal menangkap Ilham yang lari ke barat bersama Bruno Manser. Datin Tominah menerima surat Ilham daripada Perancis. Datin meminta supaya Datuk berusaha untuk membawa Ilham kembali ke tanah air tetapi ditolak oleh datuk. Datuk terkejut bila diberitahu anaknya Hasnol memulangkan kembali wangnya RM 10,000.00 Datin bercadang untuk member sedikit bantuan kepada Mukhlis yang terpaksa menanggung isteri dan dua orang
anaknya tetapi tidak dipersetujui oleh datuk kerana ingin menjadikan pengajaran buat Mukhlis.Dani pula memohon bapanya hadir pada hari pelancaran album pertamanya nanti. Datuk Dolhi mengistiharkan Wahi sebagai anaknya kepada ahli keluarganya yang lain menyebabkan Datin Tominah bersikap dingin kepadanya. Perjumpaan datin-datin petang itu kecoh membincangkan hal Datin Tominah yang dianggap terinaya oleh mereka.

Sinopsis Bab 17
Wakil Timbalan Menteri datang untuk merisik Amera. Majlis perkahwinan Amera dengan Timbalan Menteri telah menemukan Datuk Dolhi dengan teman lamanya Ustaz Hashim.Ustaz memberitahu Datuk bahawa Mukhlis telah bercerai dengan isterinya. Kini dia kesaorangan dan gila isim. Isteri dan anak tirinya telah kembali ke pangkuan tok guru.

Sinopsis Bab 18
Sebelum beranangkat untuk bercuti ke Eropah bersama keluarganya, Hasnol dipanggil oleh Tengku Munir yang tidak berpuas hati kerana hanya 4 permohonan projeknya yang Berjaya. Bakinya tidak Berjaya. Tengku Munir meminta Hasnol supaya meluluskan semua permohonannya kerana telah setengah juta yang dimasukkan dalam akaun Hasnol di Singapura. Hasnol meneruskan juga hasratnya untuk bercuti di Eropah.Apabila Hasnol tidak menghiraikan kemahuannya, Tengku Munir terus ke Pejabat Menteri Besar melaporkan Hasnol memohon RM I juta bagi meluluskan 12 permohonan tendernya. Malam itu Hasnol menelefon ibunya dan kesal atas perbuatannya. Datin Tominah meminta Hasnol pulang untuk mencabar di mahkamah.
Sinopsis Bab 19
Dani dan kumpulannya Young Rock Band mengadakan persembahan. Sebelum persembahan Dani meminta kebenaran daripada rakannya untuk mendapatkan dadah. Semasa dalam perjalanan Dani telah diberkas oleh polis dan mendapati positif dadah. Kumpulan itu di boo kerana keluar ke pentas tanpa penyanyi utamanya Dani. Sebelum pulang kumpulan muzik tersebut singgah di rumah Dani untuk menyampaikan berita penangkapan Dani kerana dadah.Di lapangan terbang Datin Tominah menunggu kepulangan Hasnol daripada London. Sebaik sahaja tiba Hasnol ditangkap oleh polis.
Sinopsis Bab 20
Dalam bab ini menceritakan kisah tiga orang anaknya.Mukhlis merayau di jalanraya dengan memakai jubah dan menjulang sebilah pedang. Mukhlis meminta orang ramai berjihad.Datuk Dolhi mencari Mukhlis setelah diberitahu Ust Uza tetapi hampa tidak ketemui. Ilham pula mengadakan tunjuk perasaan bersama Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia yang disiarkan secara langsung TV antarabangsa. Ilham mengecam kerajaan Malaysia membiarkan balak terus ditebang. Datuk Dolhi pula didatangi pegawai dari Cawangan Khas untuk mengetahui latarbelakang Ilham. Malah YB Wahab Yassin juga disoal kerana penglibatan adik iparnya.Akhirnya kebimbangan Albert Lee akan kepulangan Wahi anak Datuk Dolhi.
Sinopsis Bab 21
Hasnol dibebaskan dengan ikat jamin dan Dani juga dijamin kerana memiliki dadah. Albert banyak menjalankan tugas Datuk Dolhi. Linda isteri Hasnol tinggal di Paris dan tidak mahu pulang kerana malu. Wahi dan Yuka pulang ke tanah air disambut Datuk Dolhi sekeluarga. Datin Tominah telah berubah dan dapat menerima anak tirinya Wahi. Mukhlis dimasukkan ke hospital setelah dipukul kerana menyerang rumah berhala.


Sinopsis Bab 22
Mukhlis beransur pulih daripada kecederaan dan doktor menasihati supaya dihantar ke pusat pemulihan untuk rawatan mental. Manakala bekas isterinya ada menjenguknya di hospital tetapi keluarga Mukhlis tidak mengenalinya kerana berpurdah. Manakala Dani akan dihantar ke pusat pemulihan dadah setelah selesai kesnya di mahkamah dan Dani bersetuju.Adam ketua kumpulannya akan menyimpan royaltinya juka ada.Amera menunggu suaminya yang pulang kekawasannya untuk mempertahankan ketua bahagian parti pemerintah dan anak tirinya dijaga olen mentuanya. Seterunya Dolhi Albert Holding mengadakan mesyuarat lembaga pengarah dan datuk Dolhi mengumumkan perlantikan Wahi menggantikannya dan mendapat sokongan lembaga pengarah kecuali Albert yang keluar selepas pengumuman tersebut. Albert menuduh anak-anak Datul Dolhi menyebabkan prestasi syarikat jatuh dan akhirnya persahabatan Albert Lee dengan Datuk Dolhi terlerai. Albert menarik diri daripada bergabung dengan Datuk Dolhi.
Sinopsis Bab 23
Ketika Datuk Dolhi dan Datin Tominah berehat dianjung banglonya, dia terfikir untuk ke Mekah mengerjakan umrah.Semua urusan perniagan diserahkan kepada Wahi dan isterinya Yuka.
Sinopsis Bab 24
Bab terakahir ini penutup kepada kisah anak-anak Datuk Dolhi. Hasnol akan dibicarakan atas kesalahan rasuah. Kerjayanya musnah dan isterinya Linda mula menjauhkan diri.Ilham berada diluar Negara dan berkomplot dengan orang asing memboikot Malaysia dan dianggap penderhaka Negara. Pasti akan ditangkap sekiranya pulang.Manakala Amera belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan politik suaminya YB Wahab Yassin. Suaminya pula bergelut untuk mempertahankan jawatan dalam parti. Mukhlis dihantar ke hospital mental dan bekas isterinya Hanisah kembali kepada bekas suaminya. Dani pula dihantar ke Pusat Serenti untuk memulihkannya daripada ketagihan dadah. Akhirnya Wahi anaknya dengan Mastura mewarisi perniagaan Datuk Dalhi dan akan berdepan dengan Albert Lee dalam perniagaan.



Tema novel ini Konflik Kekeluargan tokoh perniagaan Melayu dalam mendidik anak-anak.Datuk Dolhi mencari pengantinya dalam perniagaan kalangan anak-anaknya.Tapi gagal. Hasrol ditangkap kerana rasuah, Dani pemuzik yang terlibat dengan dadah dan dihantar di pusat serenti, Ilham lari keluar Negara menderhaka kepada Negara demontrasi menentang pembalakan Malaysia di luar Negara. Manakala Amera bergelut dengan perjuangan suaminya mempertahankan jawatan dalam parti dan menteri. Akhirnya anak isteri keduanya Wahi yang menggantikannya dalam perniagaan.




1. Persoalan Persahabatan. Persahabatan Datuk Dolhi dan Albert sehingga menubuhkan syarikat usahasama.
2. Persoalan Golongan Muda terlibat dengan ajaran sesat – Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan
3. Persoalan Sikap Tamak hingga terlibat dalam rasuah - Sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dalam rasuah.Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu Tengku Munir mendapatkan
4. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya. Wahi Melayu dan Yuka Jepun akhirnya berkahwin.
5. Persoalan cinta alam sekitar, Ilham sanggup menentang projek ayahnya demi cintakan alam sekitar.
6. Persoalan harapan seorang ayah. Datuk Dolhi ingin anak-anaknya mengikuti jejaknya dalam perniagaan dan mewarisi Dolhi-Albert Holding.
7. Persoalan minat dan kecenderongan sesaorang tidak boleh diubah. Anak-anak Datul Dolhi tidak berminat dengan perniagan. Hasnol pegawai PTD, Amera pendidik, Ilham penulis, Dani pemuzik dan Mukhlis pendakwah.
8. Persoalan ketegasan mendidik anak. Datuk Dolhi tidak memberi pinjaman wang kepada Hasnol supaya belajar. Juga memasukkan Dani ke pusat serenti supaya menjadi pengajaran kepada anaknya.
9. Persoalan pentingnya ilmu pengetahuan. Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku pengertahuan untu rujukan sebelum menyampaikan ceramah.
10. Persoalan harapan ayah supaya anaknya mengikuti jejaknya. Datuk Dolhi sangat berharap anaknya mengikuti jejaknya dalam perniagaan.








Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Datuk Dolhi dan Datin Tominnah rasa sedih kerana tidak ada anak mereka yang ingin menyambung tugasnya apabila dia tiada kelak.Anak mereka nombor satu Hasnol sebagai PTD sayangkan jawatan, kuasa dan pangkatnya.Hasnol ingin menjadi kaya tapi tidak mahu melepaskan jawatannya. Semasa Hasnol dilahirkan Datuk Dolhi seorang pegawai kerajaan dan beliau berdoa agar anaknya kelak akan menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan seterusnya KSU. Datin Tominah minta supaya Datuk Dolhi melatih anak ketiganya Ilham menggantikannya.Tetapi Datuk Dolhi kecewa dengan Ilham yang suka membuang masa tidak tentu hala.. Rencananya tentang alam sekitar mendapat tempat walaupun sering bertentangan dengan bapanya yang menggunakan alam sekitar untuk mencari keuntungan. Datuk Dolhi juga pernah berkahwin dengan wanita peranakan Arab dan mendapat anak lelaki. Tetapi wanita itu meninggal dunia dan menjadi rahsia hidupnya termasuk Datin Tom. Datuk Dolhi mempunyai seorang rakan kongsi rapatnya Albert Lee. Malah Albert Lee pernah melamar Amera anak Datuk Dolhi untuk anaknya Robert Lee tapi gagal. Anak Datuk Dolhi Mukhlis yang berjubah dan berjanggut dan sering ke surau. Tidak mahu menguruskan syarikat bapanya kerana syarikat bapanya penuh riba menurut Mukhlis.. Manakala anaknya Dani minat dalam bidang hiburan. Dani juga ada belajar muzik
(ii) Perkembangan
Datuk Dolhi menyampaikan ceramah dengan menjadikan Doktor Mahathir sebagai contoh. Kepuasan terbayang pada wajah Datuk Dolhi setelah menyampaikan ceramah.Datuk Dolhi menemani isterinya Datin Tominah menghadiri pertunjukkan fesyen Busana Islam.Datuk Dolhi sangat bosan dengan pertunjukkan tersebut. Amera terpilih sebagai pendidik terbaik seluruh negeri. Amera memohon supaya ayah dan ibunya hadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut. Sekali lagi Datuk Dolhi meminta Amera berhenti sebagai pendidik dan bekerja dengan syarikatnya tetapi ditolak oleh Amera yang mencintai bidang pendidikan. Mukhlis memohon pembiayaannya berdakwah ke India tetapi ditolak oleh Datuk Dolhi




(iii) Perumitan
Amera mendapat panggilan talefon daripada peminat misteri mengucapkan tahniah di atas kejayaannya dan juga mendapat jambangan bunga. Pembantu rumah Inem meminta untuk berhenti kerja. Dia tidak menyatakan sebabnya. Walaupun dipujuk oleh Datin Tominah tapi Inem bertegas untuk berhenti. Mukhlis bernikah dengan Hanisah janda tok guru beranak dua tanpa pengetahuan keluarganya. Hasnol balik ke rumah untuk meminjam RM 10,000.00 daripada keluarganya untuk kelab Golfnya tetapi diberi oleh keluarganya Datuk Dolhi meminta Rozie menempat tiket dan penginapannya di Jepun untuk menenangkan fikirannya yang runsing memikirkan hal anak-anaknya. Albert Lee kecewa kerana hasratnya untuk melihat Elain berkahwin dengan Hasnol tidak tercapai . Sekarang ini beliau berharap Robert pula cuba untuk memikat Amera seterusnya memperisterikannya
(iv) Klimaks
Wakil Timbalan Menteri datang untuk merisik Amera. Majlis perkahwinan Amera dengan Timbalan Menteri disegerakan untuk mengelakkan fitnah. Dani dan kumpulannya Young Rock Band mengadakan persembahan. Sebelum persembahan Dani meminta kebenaran daripada rakannya untuk mendapatkan dadah. Semasa dalam perjalanan Dani telah diberkas oleh polis dan mendapati positif dadah. Tengku Munir terus ke Pejabat Menteri Besar melaporkan Hasnol memohon RM I juta bagi meluluskan 12 permohonan tendernya. Malam itu Hasnol menelefon ibunya dan kesal atas perbuatannya. Datin Tominah meminta Hasnol pulang untuk mencabar di mahkamah. Ilham pula mengadakan tunjuk perasaan bersama Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia yang disiarkan secara langsung TV antarabangsa. Ilham mengecam kerajaan Malaysia membiarkan balak terus ditebang. Datuk Dolhi pula didatangi pegawai dari Cawangan Khas untuk mengetahui latarbelakang Ilham. Malah YB Wahab Yassin juga disoal kerana penglibatan adik iparnya. Datuk Dolhi mengistiharkan Wahi sebagai anaknya kepada ahli keluarganya yang lain menyebabkan Datin Tominah bersikap dingin kepadanya.
(v) Peleraian
Hasnol dibebaskan dengan ikat jamin dan Dani juga dijamin kerana memiliki dadah. Albert banyak menjalankan tugas Datuk Dolhi. Linda isteri Hasnol tinggal di Paris dan tidak mahu pulang kerana malu. Wahi dan Yuka pulang ke tanah air disambut Datuk Dolhi sekeluarga. Datin Tominah telah berubah dan dapat menerima anak tirinya Wahi. Mukhlis dimasukkan ke hospital setelah dipukul kerana menyerang rumah berhala. Mukhlis beransur pulih daripada kecederaan dan doktor menasihati


supaya dihantar ke pusat pemulihan untuk rawatan mental. Manakala bekas isterinya ada menjenguknya di hospital tetapi keluarga Mukhlis tidak mengenalinya kerana berpurdah. Manakala Dani akan dihantar ke pusat pemulihan dadah setelah selesai kesnya di mahkamah dan Dani bersetuju.Adam ketua kumpulannya akan menyimpan royaltinya juka ada.Amera menunggu suaminya yang pulang kekawasannya untuk mempertahankan ketua bahagian parti pemerintah dan anak tirinya dijaga olen mentuanya. Seterunya Dolhi Albert Holding mengadakan mesyuarat lembaga pengarah dan Datuk Dolhi mengumumkan perlantikan Wahi menggantikannya dan mendapat sokongan lembaga pengarah kecuali Albert yang keluar selepas pengumuman tersebut. Ketika Datuk Dolhi dan Datin Tominah berehat dianjung banglonya, dia terfikir untuk ke Mekah mengerjakan umrah.Semua urusan perniagan diserahkan kepada Wahi dan isterinya Yuka. Hasnol akan dibicarakan atas kesalahan rasuah. Kerjayanya musnah dan isterinya Linda mula menjauhkan diri.Ilham berada diluar Negara dan berkomplot dengan orang asing memboikot Malaysia dan dianggap penderhaka Negara. Pasti akan ditangkap sekiranya pulang.Manakala Amera belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan politik suaminya YB Wahab Yassin. Suaminya pula bergelut untuk mempertahankan jawatan dalam parti. Mukhlis dihantar ke hospital mental dan bekas isterinya Hanisah kembali kepada bekas suaminya. Dani pula dihantar ke Pusat Serenti untuk memulihkannya daripada ketagihan dadah. Akhirnya Wahi anaknya dengan Mastura mewarisi perniagaan Datuk Dalhi dan akan berdepan dengan Albert Lee dalam perniagaan


(i) Pemerian
Memang kalau dia berani melakukan sesuatu, hidup akan senang. Dia tidak perlu berhutang di sana-sini. Lebih-lebih lagi sekarang dia bertugas di bahagian kontrak. Tidak perlu buka mulut, orang pun sudah tahu. Memang kadang-kadang kejujuran tidak memberi apa-apa.
(ii) Dialog
“Kalau tak berkenan macam mana?: Tiba-tiba Datin Tominah bergurau.
“Balik cepatlah,”
”Hah, lagi parah!”
“Apa nak tunggu?”

(iii) Imbas Kembali
Datuk Dolhi melamun.Fikirannya kembali kepada dua puluh lapan tahun yang lampau. Isterinya yang baik, Mastura dalam kenangan.
(iv) Imbas Muka
Mukhlis teringat kepada ibunya. Ibunya tentu marah dengan tindakannya berkahwin tanpa memberitahu keluarga.
(v) Monolog Dalaman
Dia teringat anaknya Mukhlis. Semalam dia ternampak anaknya Mukhlis berjubah dan serban tersandar pada tiang


Watak Utama
Dato Dolhi
Fizikal
Berusia 60-an. suami kepada Datin Tominah. Bapa kepada 6 orang anak Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis, Dani serta Wahi. Isteri kedua ibu Wahi peranakan Arab Mastura kekasih lamanya. Memiliki dua orang isteri. Seorang Usahawan.
Dalaman
1. Usahawan yang berjaya dalam perniagaan dan mempunyai empayar perniagaan Dolhi-Albert
2. Mempunyai daya ingatan yang tinggi. Masih mengingati lagu-lagu Jepun semasa zaman persekolahan dulu.
3. Seorang yang rajin membaca. Akan membaca sebelum menyampaikan ceramah usahawan kepada peniaga muda.
4. Seorang yang penyabar. Tetap bersabar dengan pelbagai kerenah anak-anak.


5. Bertanggungjawab. Masih member nafkah kepada anaknya Wahi melalui ibu mertuanya walaupun isterinya telah meninggal dunia.
6. Sering memenuhi undangan ceramah. Ceramah kepada usahawan muda.
Watak Sampingan
Datin Tominah
Isteri pertama dan sepupu Datuk Dolhi.
1. Isteri yang setia. Beliau sanggup bersama suaminya ketika senang dan susah.
2. Penyayang. Datin amat menyayangi suami dan anak-anaknya. Berharap suaminya mencari anaknya Ilham yang lari ke luar Negara.
3. Perahsia.Merahsiakan isi perbincangan dengan rakan-rakan datinnya.
4. Suka membuang masa. Sering berbual dengan rakan-rakannya di kelab atau melalui telefon.
5. Minat berniaga. Bekerjasama dengan rakan-rakannya ingin membuka butik Busana Islam.
6. Penggerak utama kelab Datin.
7. Kuat cemburu misalnya sering berbincang tentang cara-cara mengawal suami.
8. Kurang memberikan perhatian kepada anak.
9. Mementingkan kecantikan.
Hasnol
Anak sulung Datuk Dolhi dengan isterinya Datin Tominah. Sudah berumah tangga dengan isterinya Linda dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Tamak dan menerima rasuah daripada Tengku Munir. Anak sulung Datuk Dolhi dengan isterinya Datin Tominah. Tidak berminat dengan dunia perniagaan dan keusahawanan walaupun sering dipujuk oleh bapanya. Tidak mempunyai ketegasan dan sering mengikut kata isteri sehingga dapat dikatakan mengikut telunjuk isteri. Bersikap boros dan akhirnya terlibat dengan rasuah

Amera
Mengajar sebuah sekolah terbaikdi ibu kota. Anak ke-2 Datuk Dolhi . Seorang guru yang komited terhadap tugas sebagai guru sehingga dianugerahkan sebagai pendidik terbaik seluruh negeri. Juga seorang wanita yang cantik. Isteri kepada Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas.


Seorang yang bersopan santun menyebabkan lelaki Cina iaitu Robert Lee pun tertarik dan mudah terpikat.

Ilham
Ilham berada diluar Negara dan berkomplot dengan orang asing memboikot Malaysia dan dianggap penderhaka Negara. Ilham mengadakan tunjuk perasaan bersama Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia yang disiarkan secara langsung TV antarabangsa. Ilham mengecam kerajaan Malaysia membiarkan balak terus ditebang. Ilham yang lari ke barat bersama Bruno Manser. Ilham mengirimkan surat kepada ibunya daripada Perancis. Ilham pernah menceroboh bilik pembantu rumahnya Inem sebanyak tiga kali menyebabkan Inem berhenti kerja.. dengan Ilham yang suka membuang masa tidak tentu hala. Selalu tidak sependapat dengan Amera.
Mukhlis
Tidak menamatkan pelajarannya di Universiti. Cenderong kepada bidang dakwah. Selalu berpakaian jubah dan berserban. Mempunyai janggut. Mengahwini Hanisah janda tok gurunya dan mempunyai dua orang anak tiri. Akhirnya menceraikan isterinya. Pernah bekerja di kilang mi dengan gaji RM5.00 sehari.Akhirnya gila isim kerana menuntut ilmu agama yang salah. Pernah tinggal di kampung Bakap bersama isteri dan anaknya. Cedera dipukul orang kerana menyerang rumah ibadat.
Dani
Salah seorang anak Datul Dolhi bersama dengan Datin Tominah. Berminat dalam dunia seni. Gambarnya sering terpapar dalam akhbar. Juga seorang pemuzik. Dani menganggotai kumpulan Young Rock Band dan mengadakan persembahan. Sebelum persembahan Dani meminta kebenaran daripada rakannya untuk mendapatkan dadah. Semasa dalam perjalanan Dani telah diberkas oleh polis dan mendapati positif dadah. Dani dihantar ke pusat pemulihan dadah setelah selesai kesnya di mahkamah untuk memulihkannya daripada ketagihan dadah
Wahi
Anak hasil perkahwinan kedua Datuk Dolhi dengan Mastura. Membesar bersama neneknya. Pelajarannya dibiayai oleh Datuk Dolhi. Dia lebih bersikap kreatif, bertanggungjawab dan berwawasan. Berkahwin dengan gadis Jepun Yuka. Datuk Dolhi menyerahkan urusan menguruskan syarikat. Berumur pertengahan 20-an dan belajar di Jepun dilantik menggantikan Datuk Dolhi menguruskan perniagaan . Seorang yang amanah dan bertanggungjawab misalnya menyiapkan kertas kerja untuk dibentang oleh Datuk Dolhi walaupun berada di Jepun. Berfiikiran positif serta berbudi bahasa.




Albert Lee
Rakan niaga Datuk Dolhi. Berhasrat memperteguhkan empayar perniagan dengan mengahwinkan dua anaknya dengan anak-anak Datuk Dolhi. Akhirnya menarik diri dari usahasama dengan Datuk Dolhi. Sahabat karib Datuk Dolhi. Mempunyai dua orang anak Robert Lee dan Elain.
Yuka
Seorang gadis Jepun. Membesar di Tokyo Jepun. Memeluk Agama Islam dan berkahwin dengan Wahi. Mengikut suaminya berhijrah ke Malaysia.


Latar Tempat
1. Pejabat Datuk Dolhi.
Contoh : Tempat menguruskan segala urusan syarikatnya, Dolhi-Albert Holdings.,
2. Rumah Datuk Dolhi
Contoh : Tempat Datuk Dolhi mengistiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya
3. Tokyo Jepun
Contoh : Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia adalah ayah kandungnya.
4. Teratai Inn.
Contoh : Hasnol berjumpa denganTengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah dengan syarat Hasnol membantunya meluluskan semua tendernya
5. Kg Sungai Bakau.
Contoh : Tempat tinggal Mukhlis dan isterinya yang merupakan janda serta dua anak
6. Kelab Mawar.
Contoh : Amera bertemu dengan peminat misterinya iaitu YB Wahab Yasin
7. Di Bukit Serakah.
Contoh : Datuk Dolhi berjoging dengan Albert.
8. Hospital
Contoh : Mukhlis dimasukkan ke hospital setelah dipukul kerana menyerang rumah berhala.. Manakala bekas isterinya ada menjenguknya di hospital tetapi keluarga Mukhlis tidak mengenalinya kerana berpurdah
9. Pendalaman Serawak.
Contoh : Ilham menghasut orang-orang asli supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan
10. Perancis
Contoh : Linda isteri Hasnol tinggal di Paris dan tidak mahu pulang kerana malu.
11. London
Contoh : Hasnol tiba seorang diri dari London
12. Lapangan Terbang Narita
Contoh : Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahid dan sahabat Jepunnya
Latar Masa
1. Zaman Perdana Menteri ke 4 Tun Mahathir Mohamad
Contoh ; Datuk Dolhi mendengar syarahan
2. Zaman Moden
Contoh : Kedai Butik Busana Islam
3. Waktu Pagi
Contoh : Datuk Dolhi bermesyuarat dengan Raj Hussein pada pukul sepuluh pagi
4. Waktu Petang
Contoh : Datu Dolhi memberi ceramah di Insitut Perdagangan Kebangsaan
5. Waktu Tengahari
Contoh : Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk makan tengahhari
6. Waktu Malam
Contoh : Datuk Dolhi menghadiri Pertunjukan Busana Islam dengan isterinya.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat Usahawan .
Contoh : Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan kaya
2. Masyarakat Yang Tamak .
Contoh : Hasnol bersikap tamak sebab menerima rasuahTengku Munir.
3. Masyarakat Pendidik .
Contoh : Amera bekerja sebagai guru dan menerima anugerah guru negeri terbaik
4. Masyarakat Majmuk .
Contoh : Wahi Melayu, Yuka Jepun dan Albert Lee Cina
5. Masyarakat Penyelewengan Agama .
Contoh : Mukhlis, Tok Guru dan Hanisah terikut dengan kesesatan ajaran agama.
6. Masyarakat Mementingkan Bahasa Kebangsan.
Contoh : Raj Hussein meminta Datuk Dolhi menamakan projeknya dengan nama kemelayuan sedikit.
7. Masyarakat Menghargai Alam Sekitar.
Contoh : Ilham mencatat sesuatu maklumat penulisanya tentang alam sekitar.
8. Masyarakat Menghargai Barangan Tempatan.
Contoh : Datin Tominah minta Datuk Dolhi memakai baju batik tempatan iaitu batik Kelantan
9. Masyarakat Yang Menggalakkan Perkahwinan Campur.
Contoh : Wahi berkahwin dengan gadis Jepun Yuka dan Robert Lee ingin berkahwin dengan Amera gadis Melayu.
10. Masyarakat yang mementingkan pendidikan.
Contoh : Semua anak-anak Datuk Dolhi belajar di Universiti.






Simile
Contoh : Seperti Bulan Jatuh ke riba
Bibir tuanya seperti sagu pecah
Seperti lilin membakar diri
Personifikasi
Contoh : Jip bewarna hitam membelah senja yang kian kelabu.
Cahaya matahari Petang menggigit kulit
Metafora
Contoh : Filem kenangan
Tugu-tugu kenangan
Benih Keusahawanan
Sinkope
Contoh : Eh, gila kau kita dah sampai,
Kata Ganda
Contoh : Jangan-jangan, lorong-lorong,
Hiperbola
Contoh : Amera rasa saat ini begitu berdebar. Gemuruhnya di dadanya seperti lahar yang mahu cepat keluar dari gunung berapi.
Bahasa Asing
Contoh: Bahasa Inggeris – nite club, food, will not enter the kitchen
Bahasa Jepun – Hai, arimasu, sukoshi, kohi wa ikaga desu ka, ohayo gizaimasu
Bahasa Arab – Ana, anta, assalamualaikum, astgfirirullah

Bahasa Puisi
Contoh :
Bulan payah ke langit
Melihat awan berdebu
Hujan hitam menyiat
Kulit kehidupan manusia
Air yang kuhirup ini
Alunan karak semata
Peribahasa
Contoh : Lembut gigi daripada lidah
Cahaya matahari petang menggigit kulit



1. Nilai Kerajinan
Contoh : Datuk Dolhi rajin membaca buku nenambahkan ilmunya dalam bidang keusahawanan
2. Nilai Kesabaran
Contoh : Datin Tominah bersabar walaupun modal membuka Butik Busana Islam diminta daripada suaminya masih belum diterima.
3. Nilai Kasih sayang
Contoh : Albert Lee tetap meluangkan masa bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya walaupun sibuk dengan urusan perniagaannya.
4. Nilai menghormati
Contoh : Robert Lee menghormati keputusan Amera yang tidah mahu keluar bersamanya walaupun diajak berulang kali.
5. Nilai ketabahan
Contoh : Datuk Dolhi tetap tabah menghadapi pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya
6. Nilai Bertanggungjawab
Contoh : Datin Tominah meminta Mukhlis bertanggungjawan memelihara isteri dan dua orang anak tirunya walaupun tidak sepenuh hati.
7. Nilai Patriotik
Contoh : Datuk Dolhi menggunakan kereta buatan Malaysia walaupun mampu membeli kereta yang lebih mahal.
8. Nilai Kerjasama
Contoh : Datuk Dolhi menjalankan kerjasama dalam perniagaan dengan Albert Lee.
9. Nilai Keberanian
Contoh : Asmera berani menegur Ilham yang tidak bekerja.
10. Nilai Bersopan-santun
Contoh : Wahi sungguh bersopan santun menyambut kedatangan Datuk Dolhi ke Jepun.


1. Kita hendaklah mendidik anak dengan baik
2. Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin.
3. Kita perlulah rajin membaca buku untuk mendapat ilmu.
4. Kita janganlah mencemar nama baik keluarga.
5. Kita janganlah mencemar nama baik Negara.
6. Kita janganlah melibatkan diri dalam gejala social.
7. Kita janganlah mengamalkan rasuah untuk kesenangan hidup.
8. Kita jangan mudah terpengaruh dengan ajaran sesat.
9. Kita hendaklah mendidik rohani anak sejak dari kecil lagi.

10. Kita hendaklah mempunyai sikap saling menyayangi antara satu sama lain,
11. Kita hendaklah sabar dalam menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan.
12. Anak-anak mestilah mentaati ibu bapa.
13. Kita mestilah berani menegur kesalahan walaupun ahli keluarga sendiri.
14. Kita mesti berfikiran terbuka untuk menerima nilai yang baik.
15. Kita hendaklah mentaati arahan dan tugas yang diberikan oleh ketua.





1.
Timbalan Menteri terus memuji-muji guru-guru yang cemerlang. Seperti biasa ungkapan tradisi bermain di mulutnya, guru seperti lilin membakar diri, berkorban demi kepentingan bangsa. Kemudian dikatakan lagi, guru menjadi contoh anak-anak murid. Kalau guru kencing berdiri , anak-anak murid kencing berlari.
Nyatakan dua contoh gaya bahasa dan contohnya berdasarkan petikan di atas?
2. Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel Renyah ?


1. Kata ganda – guru-guru, anak-anak, memuji-muji
Simile – Seperti lilin membakar diri
Peribahasa – Kalau guru kencing berdiri , anak-anak murid kencing berlari
2. Nilai berusaha. Contohnya Datuk Dolhi gigih menguruskan perniagaannya hingga Berjaya. Nilai kasih sayang. Datuk Dolhi sentiasa risau akan kegiatan Mukhlis, Dani, Hasnol dan Ilham.Nilai Jujur dan Amanah. Datuk Dolhi tidak akan menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi. Nilai bertanggungjawab. Datuk Dolhi membiayai perbelanjaan Wahi walaupun anak itu tinggal bersama-samanya.


Sutera Dalam Lukisan
(Abd. Talib Hassan)




Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telah dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah kehidupan. Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan bersama Adila. Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.





Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa dan neneknya. Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh bapa tirinya telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal. Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi manusia normal seperti sediakala.









1. Persoalan tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat individu seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.

2. Persoalan menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri sendiri yang digambarkan melalui watak Bujei atau nama sebenarnya Hafiz yang akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan dari Adila.

3. Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri.

4. Persoalan sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah sifat seseorang seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang telah membimbing Bujei atau Hafiz untuk membentuk semula keperibadiannya telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.

5. Ketegasan dalam pendirian seperti yang tergambar melalui watak Wak Senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya.

6. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei, tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya Adila.

7. Persoalan berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain. Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai gentian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.



Plot dihuraikan secara kronologi iaitu bersandarkan kepada hukum sebab dan akibat. Manusia yang berbuat baik akan memperoleh pembalasan yang baik juga dan begitulah sebaliknya.

Binaan Plot

(i) Eksposisi(permulaan)

• Menceritakan watak utama iaitu Bujei yang digambarkan sering mengunjungi latar tempat di kampung. Digambarkan juga latar masa iaitu pada waktu senja dan latar masyarakat kampung Bujei yang telah menganggap Bujei sebagai insan abnormal.

(ii) Perkembangan

• Kematian ibu Bujei yang bernama Fatimah yang dibunuh oleh bapa tirinya merupakan titik hitam dalam kehidupannya. Bujei menjadi sasau dan sering dicemuh dan dipermainkan oleh masyarakat kampung. Perkenalan dengan Adila telah mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama dia menaruh hati kepada Adila. Adila juga diminati oleh Alias, Sahak dan Faizal, bekas tunangnya.

(iii) Klimaks

• Alias berusaha menculik Adila dan dengan bantuan neneknya, mencari ubat pengasih untuk mendapatkan Adila.

(iv) Peleraian

• Adila juga menaruh hati kepada Bujei (Hafiz). Hal ini menyebabkan Alias menjadi sasau kerana cintanya tidak kesampaian. Adila ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti swasta di kota.




1. Pemerian

Contoh:
• Anak sungai itu tidak begitu lebar. Hanya lebih kurang sembilan meter jarak antara dua belah tebing, tidak dalam dan agak cetek airnya ketika itu.


2. Dialog

Contoh:
• ”Lepaskan motor aku ni... aku nak pergi ambil duit,” kata Alias.

3. Imbas Kembali

Contoh:
• Dan dia sendiri telah menanam cita-cita untuk mengikut jejak bapanya. Tragedi pertama menimpanya apabila bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan di lebuh raya Karak.

4. Imbas Muka

Contoh:
• Mungkinkah penyakit Adila sudah menjadi-jadi? Mungkinkah Adila sudah dibawa ke rumah sakit? Terlintas juga difikirannya untuk menjenguk dan melihat keadaan adila.

5. Monolog Dalaman

Contoh:
• Dan sempat juga Adila memikirkan hal Bujei. Mungkin Bujei juga sudah tahu sehingga terasa malu untuk datang menemuinya. Dia terfikir untuk pulang ke kota, meninggalkan kampung yang tidak lagi memberi kedamaian kepadanya.

6. Suspens

Contoh:
• Sambil memaki-hamun, kata-kata makian yang sering digunakan oleh Alias ke atas dirinya, Bujei menghayunkan parangnya di arah Alias.




Watak Utama – Bujei/ Hafiz

• Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering menjadikan bapanya sebagai idola.

• Suka berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.

• Takut dengan Alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa sebarang bantahan.
• Tidak mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.

• Suka mendengar radio. Sanggup membeli radio baru sewaktu keluar pekan bersama Samsul.

• Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan Same’ah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.

• Mempunyai sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.

• Pulih dari sikap abnormal menjadi normal dengan bantuan Adila. Keyakinan dirinya hadir kembali dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman.

• Anak yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar.

• Seorang pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui pandangan penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.

• Tidak memilih pekerjaan, asalkan mendatangkan upah untuk dia mengalas perut.


Watak sampingan

1. Adila

• Lulusan universiti luar negara iaitu di England.
• Mempunyai sifat optimis dan percaya sikap abnormal Bujei dapat dipulihkan.
• Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus kerana Faizal tidak menepati janji dan berkahwin dengan orang lain. Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya pulang ke kampung dan tinggal dengan keluarga Pak Longnya iaitu Sidang Saman dalam jangka masa yang panjang.
• Mempunyai pendirian yang tegas kerana menolak pinangan Alias dengan alasan belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga.
• Lemah lembut dan hormat kepada orang lain terutamanya orang yang lebih tua. Sewaktu tinggal di kampung, Adila sering mendapat pujian penduduk kampung.
• Menjadi mangsa fitnah Alias. Alias telah memfitnah Adila telah ’rosak’ sewaktu belajar di luar negara.
• Jatuh cinta dengan Bujei/ Hafiz. Telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang perasaannya terhadap Bujei sebelum pulang ke Kota.

2. Alias

• Suka membuli Bujei/ Hafiz. Contohnya meminta Bujei mencuci motosikalnya dengan menjanjikan upah tetapi memungkirinya.
• Suka kepada Adila dan menghantar pinangan tapi ditolak. Cuba mendekati Adila setelah gagal mendapatkan Same’ah.
• Suka terlibat dalam perlumbaan motor. Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya, Sahak telah terlibat dalam kemalangan dan kritikal di hospital.
• Bercakap kasar. Contohnya sering bercakap kasar terutamanya dengan Bujei.
• Cuba menculik Adila dan mengenakan ilmu pengasih kepada Adila. Meminta bantuan dari neneknya untuk mencari ilmu pengasih.
• Cuba memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
• Akhirnya menjadi sasau/ gila.


3. Sidang Saman

• Mengambil berat akan anak buahnya. Contohnya sering bertanyakan khabar Bujei dan akan meminta anaknya mencari Bujei sekiranya tidak melihat kelibatnya di kampung.
• Bijak memerangkap orang yang bersalah melalui kata-kata. Contohnya sewaktu berbicara dengan Harun yang meminta pandangannya ketika ingin menjual tanah pusaka arwah isterinya.
• Menjadi pangkal rujuk permasalahan Adila. Terutama sewaktu Adila mula jatuh cinta dengan Bujei.

4. Same’ah

• Bertimbangrasa dan baik dengan Bujei. Contohnya sering mengambil berat akan diri Bujei.
• Anak Sidang Saman.
• Berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Ipoh.

5. Harun

• Seorang duda.
• Berkahwin dengan Fatimah, ibu Bujei setelah kematian bapa Bujei.
• Bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit.
• Panas baran dan sering memukul serta mendera isterinya.
• Mengikis wang peninggalan bekas suami Fatimah.Melakukan keganasan terhadap isteri dan anak tirinya Bujei sehingga isterinya terbunuh dalam kebakaran akibat dari perbuatannya dan anak tirinya menjadi sasau.
• Suka berpura-pura. Contohnya berpura-pura baik dengan Bujei untuk mendapatkan tanda tangan Bujei bagi membolehkan dia menjual harta pusaka peninggalan Fatimah.

6. Wak Senen

• Suka bersedekah. Sering memberi wang kepada Bujei dengan nilaian yang besar.
• Baik hati. Contohnya sanggup memulangkan semula tanah pusaka peninggalan ibu Bujei yang telah dijual oleh bapa tirinya Harun.
• Mengambil tindakan dengan teliti. Contohnya sering berbincang dengan Sidang Saman sebelum melakukan sesuatu perkara seperti yang dilakukan sewaktu ingin memulangkan semula tanah pusaka Bujei.



1. Simile

Contoh:
• ”Jangan takut”. Dia mendengar lagi, seperti memujuk pula.

2. Personifikasi

Contoh:
• Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai perasaannya.

3. Hiperbola

Contoh:
• ”Macam seorang pembunuh yang suka membunuh orang... tak kira tempat atau masa, tak kira sesiapa aje?”

4. Sinkope

Contoh:
• Tak tentu perasaan Bujei mendengar suara Adila dan sebutan yang begitu hormat dirasakannya.

5. Metafora

Contoh:
• Tidak pernah diduga, apa lagi mengharapkan satu lorong yang akan membebaskan dirinya daripada pasung peribadi itu.

6. Kata Ganda

Contoh:
• Dia bagaikan merindui tempat-tempat dan lorong-lorong yang biasa dikunjunginya.




1. Nilai kasih sayang

Contoh:
• Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu.

2. Nilai hormat menghormati

Contoh:
• Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya iaitu Hafiz.

3. Nilai baik hati

Contoh:
• Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun.

4. Nilai keadilan

Contoh:
• Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.

5. Nilai keberanian

Contoh:
• Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.





1. Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan.
Contoh
• Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat perbuatan bapa tirinya.

2. Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia.
Contoh:
• Alias yang telah memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.

3. Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Contoh:
• Adila optimis dia boleh membantu Bujei memulihkan keperibadiannya dan perkara itu dapat direalisasikannya.

4. Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah dibuat.
Contoh:
• Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan Adila kerana telah berkahwin dengan orang lain.

5. Kita janganlah bercakap bohong.
Contoh:
• Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan bahawa Adila menghidapi penyakit Aids untuk menjauhkan perhubungan mereka.

6. Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut.
Contoh:
• Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu pengasih bagi mendapatkan cinta Adila.

7. Kita janganlah mementingkan diri sendiri untuk mencapai cita-cita.
Contoh:
• Alias tidak mempedulikan Sahak yang terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba motor dengannya.







Latar Masa

1. Waktu pagi - ”Okey, Good moorning Bujei”

2. Waktu maghrib – Kedengaran bunyi azan maghrib dan spontan Sidang Saman menoleh ke belakangnya.

3. Waktu petang – Makin petang merangkak, makin galak agas-agas menghurungnya.

Latar Tempat

1. Di tebing sungai - Kadang-kadang di berada di tebing itu untuk memancing.

2. Rumah Mak Usu Bakyah – Sebenarnya sudah agak lama Mak Usu Bakyah mengharapkan kedua-dua anak saudaranya bertandang tidur di rumahnya.

3. Di pekan - Samsul membawa Bujei ke pekan untuk menggunting rambut,membeli radio,jam dan pakaian.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik.

Contoh:
• Kebanyakan orang mengatakan dia bodoh, dungu, tidak berakal lalu seperti tertunai hasrat mereka begitu.

2. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemanusiaan.

Contoh:
• Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun

3. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.

Contoh:
• Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuknya untuk membeli kereta.





4. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.

Contoh:
Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Same’ah.

5. Masyarakat pendendam

Contoh:
Melihat Bujei kembali bersama Adila, kemarahannya makin menjadi. Dia makin berdendam dengan Bujei


Latihan

1. Berikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel Sutera dalam Lukisan
karya Abd. Talib Hassan.

2. Nyatakan perwatakan Bujei dalam novel Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan.


Jawapan

1. Tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel Sutera dalam Lukisan
karya Abd. Talib Hassan ialah

i. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik.

Contoh:
• Kebanyakan orang mengatakan dia bodoh, dungu, tidak berakal lalu seperti tertunai hasrat mereka begitu.

ii. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemanusiaan.

Contoh:
• Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun

iii. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.

Contoh:
• Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuknya untuk membeli kereta.




2. Perwatakan Bujei dalam novel Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan ialah:


• Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering menjadikan bapanya sebagai idola.

• Suka berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.

• Takut dengan Alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa sebarang bantahan.