Sedutan Filem Pendekar Bujang Lapok

Sedutan filem ini menarik minat saya dalam muhasabah diri kita sebagai seorang guru.

Sunday, February 27, 2011

Tugasan Karangan Tingkatan 5 SSI

Pelajar 5SSI yang berkesempatan membuka blog saya, tolong siapkan tugasan yang saya catatankan di blog ini. Salin 3 buah karangan A ( bahan rangsangan ) dan 2 buah karangan B iaitu berformat rencana dan perbincangan. Tema karangan B ialah tema Amalan Membaca dan Penagihan Najis Dadah. Tugasan dibuat dalam buku Karangan Contoh dan hantar sebelum atau pada 10 Mac 2011. Kongsi tugasan ini dengan rakan anda. Selamat melaksanakan tugasan.

Tugasan Karangan Tingkatan 4 Sains

Semua pelajar 4 Sains diminta menyalin 2 contoh karangan bertemakan bahan grafik dan 2 contoh karangan perbincangan, tajuk bebas. Tugasan tersebut dibuat dalam buku Karangan Contoh. Hantar pada 7 Mac 2011.

Saturday, February 5, 2011

Kunjungan Ke Gerai Cendol Leman Dawi



Cuti Tahun Baru Cina diisi dengan singgah sebentar di gerai cendol terkenal yang di Senawang, Negeri Sembilan iaitu Gerai Cendol Leman Dawi. Pengunjung akan dapat menikmati cendol percuma sekiranya hendak tambah lagi. Gerai ini ramai pengunjung walaupun pada awal pagi sekitar jam 10.30 pagi. En.Leman Dawi cukup mesra pelanggan dan banyak mengetahui fakta sejarah. Cubalah kunjungi gerai ini.